Jumaat, Jun 03, 2016

Crazy Krabi: Hong Island Tour




19/5 THU @Hong Island
Hari baru pkl 5.50 pg nie.. tp matahari dah mengintai² di balik bukit.. Selesai bersiap, terus pegi bilik Posh.. nak tapaukan sandwich. Then turun beramai² breakfast kt gerai tepi masjid tue..

Pagi nie kita breakfast nasi lemak ayam. Teringin nak makan pulut ayam sbnrnya.. tapi dr semalam dah sakit² badan.. So, esok la kita try (^^,).


Breakfast di pagi hari..


Tengah tunggu tour-guide yg kitorng booked datang pick-up.. Ikut janji, pukul 8.00 pg tapi lepas 20 minit baru diorng sampai.. Maybe dlm range masa tue kot, diorng kena amik semua org dr hotel masing².

Lepas amik kitorng, perlu amik dua-tiga orang lagi, kat hotel lain tp masih around Ao Nang.. Meh beramai² kita naik tuk-tuk yg comel nie..


otw ke tempat berkumpul..


Tempat berkumpul terletak agak jauh, nun di hujung pantai.. Sesampai kat sana, perlu tunggu for a few others lagi..

Kami booked trip Hong Island nie dgn Krabi Trips Thailand.. Bagusnya pakej diorang nie ialah ada lunch ala BBQ (halal); dan google + life jacket + drinking water + transports pegi/balik hotel are also included.

Total setiap org kena bayar ialah 1200 baht..


Kami

Kami semua..


Then bila semua dah ada, Cheng, selaku ketua tourguide + owner bagi briefing skit kat semua org pasal aktiviti² dan plan pd hari ni, before semua dibawa ke tempat longtail boat kami di-parked..

Around 9.30 am kami menuju ke Nopparat Thara pier..


membelah lautan menuju ke Hong Lagoon..

Masing² muka teruja + ngantuk. Maybe sbb makan nasi lemak dan pulut ayam pagi tadi (^^").. tak pun sebab terlalu asyik bila muka disapa angin laut Andaman..

Eh!.. ke area nie termasuk dlm selat melaka?.. hahaha #FAIL! betul aku bab² geography nie..




Laluan masuk ke lagoon..


Hong Lagoon
Check point pertama ialah Hong Lagoon.. tempat nie macam kolam bulat dikelilingi batu kapur.. Kami dibawa ke sini untuk menikmati keindahan lagoon disamping batuan limestone rock yg magnificent (^^,)..

..dan sememangnya seindah² kejadian..




Since kawasan nie terlindung dan dikepung dek tebing/ batuan tinggi, air dia sangat tenang, tak berombak.. Seronok berenang (read: berendam) kat sini..

So marilah bermandi-manda..


Kami sblm terjun..

Selepas terjun..


Tekong boat kami (Kay) pun kata try mandi kat sini dulu.. cuba-test-try sejuk air laut ni camner.. Nanti next stop taklah terkejut sangat..

dan sememangnya syok berenang dan menyelam kat sini.. air pun cantik jer kaler biru² kehijauan.. After 45 minutes, selesai panaskan engine memasing.. then, mari menuju ke next stop..



Pak Bia Island


Pak Bia Island (Koh Phak Bia)
Pulau nie best for snorkeling terutama kat area berbatu kat tengah skit dr pantai nie.. Sangat banyak ikan berenang together² ngan kita dan air jernih dia x yah ceritalah..

..cuma x sejernih Mabul jer (^-^)..




Kat Pak bia, kami memang totally bersnorkeling dan main air.. tak sempat nak ber-relax² kat tepian pantai dan atas pepasir yg memutih tue..

Oh!.. actually ada bawa sandwich.. niat nak beri ikan makan skit kengkonon.. tp dah habis dulu atas boat tadi (^^").. share dengan semua org.. seronok gak makan reramai..

Erm.. tak de plak kitorng amik gambar ikan.. seronok sgt jumpa air kot (^^").. Keylah.. next stop, Lading Island..



Lading Island


Lading Island (Koh Lao Lading)
Then kami ke Lading Island atau juga dikenali sebagai Paradise Island untuk lunch.. But since BBQ lunch kami belum siap lagi.. so ramai yg lepak² tepi pantai atau sambung snorkeling dulu..

Oh!.. Uncle Jack sempat gi snorkeling kat tepi boat sana.. dia ckp lagi banyak ikan kaler² kat pulau nie berbanding kat Pak Bia tadi.. Tp kitorng dah letih dan lapar (^^").. so just tgk dr kejauhan jer..


Us @ Lading Island..

With our new friend from Bangkok; Jessy..


Untuk lunch kami ada BBQ ayam, tiram dan ikan bakar beserta buah²an tropika.. Bila baru naik ke darat, penat bersnorkeling dan main air.. perut tgh lapar.. pastu dpt makan tepi pantai pulak.. Perghh!!

Sesuai sungguh dgn nama pulau nie.. Heaven! (^_^)


Lunch..


Selesai makan.. bolehlah bersantai², jalan menyusur pantai.. Tapi janganlah sambung snorkeling dan berenang.. baru sudah makan, x elok terus mandi laut.. (^_^)..





Sempat main buai sebelum Kay panggil semua org naik boat.. kami nak gerak ke lokasi terakhir.. Mari menuju ke Hong Island.



Hong Island Beach (Koh Hong)
After sejam makan dan lepak di Lading, kami gerak ke Hong Island untuk final activity.. Kayak!!.. Hehe tapi kejap je berkayak sebab tangan lenguh. Then aku ngan Sara gi sambung snorkeling.




Ingat cantik tp nampak debu jer dalam air.. so last² kami berdua berendam sambil swimming² jer area situ sampai pukul 2.00 pm.. Keluar dr laut, carilah bebudak nie.. semua xder.. ingatkan dah naik darat.. rupanya diorng gi kayak melepasi kawasan sempadan..

Budak bertuah! Molek jer belaka berlumba² sesama diorng keluar dr celah² tunggul batu besar tengah laut tue.. Kecik-besar² jer aku tgk diorng nie.. (sbb x pakai spek (^^")..)


Posh + Dayah

Ona + Wan


Bersungguh benar diorng nie berkayak..


Cukup masa, Kay panggil naik boat.. dah time utk balik ke Ao Nang semula.. perjalanan amik masa sejam juga nak ke tanah besar.. Then diorng hantar kami terus balik ke hotel.


Longtail Boat: Thunder Bird Group 


Sampai di hotel 4.00 pm.. Berakhir sudah Hong Island tour hari nie.. Penat giler dan sgt lapar.. so naik bilik; refresh-makan-solat-rehat then lepas maghrib baru kitorng keluar semula..



----------------//----------------


Malam ke-II di Ao Nang
Malam nie kami nak pegi makan malam kat Lemon Tree.. Since jauh sgt dari hotel, maka perlu sewa tuk-tuk, (tambang sorang 50 baht).

Ramai yg kata sedap masakan kat restaurant ni.. so aku order pad Thai. Walaupun rasanya yang Sara makan kat kedai malam semalam, macam lebih sedap.. tapi kami selera jer makan kat sinie.. (^_^)

Cuma harga dia agak mahal berbanding kedai smlm..



Pad Thai..


Lepas makan, berpecah kpd dua group lagi sekali. Satu nak sambung bershopping area pantai.. Aku, Ona dan Sara nak gi shopping area kedai kak Dah jer (depan hotel)..

Pastu ingat nak buat foot massage jap.. sekali kedai sebelah hotel tue dah fully book la pulak malam² camnie.. Dia suruh datang pkl 10.00 nanti.. Rasa malas plak nak turun bila dah naik bilik.. so tido jelah..



//Esok- Jalan²  pekan Krabi



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...