Selasa, Mei 23, 2017

Japonism: Pusing² Bandar Tokyo


Tokyo Camii


22032017 [WED] - Pusing Tokyo Day II
Hari nie kita sambung plan yang tertunda semalam (^^,).. Selepas simple breakfast dan beli sedikit bekalan untuk hari ini, kami mula bergerak dr Hotel Mystays Premier Hammamatsuchō ke Tokyo Camii..

On the way nak ke sana, terjumpa Shiba Park.. so singgah sekejap, lagipun bleh nampak Tokyo Tower dr taman nie.




Shiba Park
Taman yang terletak di daerah Roppongi nie, sangat berhampiran dengan Tokyo Tower dan Zojoji Shrine. Since taman nie lapang dan banyak kawasan berumput, dia agak popular during lunchtime for simple picnic dan riadah di waktu petang.

Sejarahnya, Shiba Park merupakan taman awam tertua di Japan, yang mana secara official-nya dibina pada tahun 1873, iaitu 5 tahun selepas pemulaan pemodenan Japan.


Main hall of the Zojo-ji Temple, @Shiba Park

Sakura yang tak berapa nak lebat sangat..


Di sini juga agak terkenal dengan laluan musim luruh.. Ada area yang cantik sangat kalau time autumn.. di panggil Momiji-dani atau Autumn Leaf Valley.

Tapi, sekarang ni spring time.. so x dapatlah tengok (^^”)..


Tokyo Tower



Selesai ambil gambar, kami teruskan ke Tokyo Camii..



Tokyo Cami
Ada kira² 80 buah masjid di seluruh Japan, tapi most of them kecil shj.. dan Tokyo Camii nie adalah yang terbesar.. katanya boleh muat hampir 1200 orang jemaah.

Masjid nie sangat cantik. Senibinanya ada gaya senibina zaman Uthmaniyyah. Sesekali nampak seperti Masjid Biru Turki..


Tokyo Camii


Bayangkan, di tengah² perumahan kediaman moden di Yoyogi Uehara, berhampiran pusat bandar raya yang sentiasa sibuk seperti Shinjuku dan Harajuku, ada sebuah bangunan yang menjulang menara dan kubah.. (^_^)

Oh!.. masjid nie sekali dengan Pusat Kebudayaan Turki.. So dia ada madrasah dan lain-lain kemudahan untuk community muslim di jepun amnya, dan community muslim Turki khasnya..


Masjid kunci.. x boleh masuk (T_T)

Bergambar dr kejauhan..

Bila frust, kita photoshoot cover album


Tapi tuelah.. kami nak ziarah dari tahun 2012 lagi, tapi x berkesempatan.. dan kali nie pun masih belum ada rezeki. Masa sampai tadi, masjid ni berkunci (T_T).. Mungkin bukan waktu solat.

Kalau ada rezeki lain kali, kami akan cuba datang selepas waktu Zohor pula..



Imperial Palace, near Nijunbashi Bridge


Imperial Palace
Imperial Palace adalah kediaman utama Maharaja Jepun. Ianya terletak di atas tapak bekas Istana Zaman Edo. Kawasan tamannya sangat luas.. dikelilingi oleh parit dan dinding batu di tengah² Tokyo.

Istana nie pernah musnah masa Perang Dunia Kedua, kemudiannya dibina semula sama seperti yang asal. Untuk masuk ke kawasan istana perlu melalui pintu masuk istana, samaada melalui jambatan batu Meganebashi (Eyeglass Bridge); atau jambatan kayu Nijubashi (Double Bridge).


Ruined Edo Palace..

Picnic


Plan asal kami memang nak ke Imperial Palace, tapi tersalah tengok map (^^").. Aleh² sampai ke bahagian timur kawasan istananya..  Since kami x larat nak jalan sampai sana; jadi kami hanya melepak di tepi padang berhampiran runtuhan Istana Edo..

Dalam pada cuaca terik dan angin yang kuat, bebudak nie boleh terlebih laku.. (^^,).. Itu belum lunch lagi tue.. hahaa..


Yam pun pelik.. (^^')


Lepas lunch.. diorang ajak jalan pusing² kawasan sekitar padang dan taman berhampiran.. then terjumpa dgn pokok² berbunga nie..


Cherry Blossom..


@pintu dapur istana (^^")


Dalam pukul 2.35 pm kami mula bergerak ke Odaiba.. Nak jalan² area sana pula.. (^_^)v. Dari sini, nak ke Odaiba ambil masa 45-60 minutes juga.. Tapi boleh nampak permandangan laut dr dlm train..


Dah nak sampai..


Odaiba
Odaiba ni adalah sebuah pulau buatan yang besar di Tokyo Bay. Terletak berhampiran dengan pusat bandar dan untuk sampai ke sini, perlu lalu Rainbow Bridge.

Tempat ni sangat popular dengan sightseeing, shopping center, various of restaurants and game-entertainment hub.. Kalau ikut maps, Odaiba terbahagi kepada 3 zones; Fuji TV area, Telecom Center dan Palette Town.

Tapi kami round area Fuji TV sahaja; which include Aquacity, Decks Tokyo Beach, DiverCity Tokyo Plaza, Rainbow Bridge and Fuji TV itself.




So mari kita mula dengan sighseeing dulu, di sekitar Odaiba Seaside Park. Masa kami datang nie, ada pentas Odaiba Illumination rasanya.. Tapi sebab siang, x nampak pesta lampunya.

Dari sini, boleh nampak Rainbow Bridge dan Odaiba Statue of Liberty..


Odaiba Statue of Liberty

menyusur laluan menuju ke Aquacity & the Decks

Fuji TV!!!

Bila rindu, dapat tengok bumbung office pun jadilah.. (^^")..


Then masuk ke Aquacity sat, radie nak shopping kasut. Jalan² dalam mall then keluar, pegi Decks Tokyo Beach area, pastu masuk semula sebelum menuju ke The Oven American Buffet, to have our early dinner..

Lama juga kami di The Oven nie.. dr cerah bawa ke gelap (^^,)..


Mama & Yam-chan

Di beranda The Oven

Nite view from Aquacity..


Sebenarnya bahagian beranda nie ditutup for customer, sebab angin kuat giler.. tapi kitorng minta izin untuk bergambar sekejap. Serba salah waiter tue. Takut boss dia nampak (^^')..

Dapat pula customer ketegak cam kami. (^_^)..
~Arigatou gozaimashita. Gome ne~


Shopping sat..
Pusing area deck @Aquacity..


Then kami seberang ke Divercity pula. Sambung shopping dan cuci mata. Dapatlah skit bebarang bento dan souvenir yang lain..

Selesai shopping.. maka kami beransur pulang. Oh!.. Dek sibuk sangat bershopping sampai tak sempat jenguk Gundam sekejap kat laman depan DiverCity tue.. Mujur dah pernah tengok (^_^)


#sisterstrip #cheyamjalanjepun


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...